Home SemasaGlobal Bom masjid, 2 pelampau mengaku bersalah

Bom masjid, 2 pelampau mengaku bersalah

by Noor Sheila Amin

Pengakuan itu dibuat menerusi pengakuan bersalah terhadap tuduhan berpunca daripada jenayah termasuk dua cubaan merompak, rompakan bersenjata dan cubaan memeras ugut syarikat kereta api.

Polis berkata, McWhorter mengaku bahawa kumpulannya, ‘White Rabbit’, mengebom Pusat Islam Dar Al-Farooq, di pinggir Minneapolis pada Ogos 2017 dalam usaha menakutkan umat Islam untuk keluar dari negara itu dan menghantar mesej ‘anda tidak dialu-alukan di sini’.

Tiada siapa cedera dalam pengeboman yang merosakkan pejabat imam masjid berkenaan.

Kerosakan berjaya diperbaiki apabila komuniti pelbagai agama berkumpul untuk membantu 200 jemaah masjid berkenaan, kata ketua cabang Majlis Hubungan Amerika-Islam di Minnesota, Jaylani Hussein.

Katanya, penduduk Islam Minneapolis lega dengan pengakuan bersalah itu, tetapi bimbang dengan anggota lain kumpulan pelampau berkenaan yang masih bebas, selain kumpulan militia lain.

“Kumpulan militia ini menjauhkan diri daripada komuniti Islam.

“Beberapa blog mereka bercakap mengenai komuniti Islam sebagai ancaman dan ancaman yang perlu dihapuskan,” katanya.

Pengeboman berlaku beberapa bulan sebelum Trump menjadi presiden, dengan peningkatan kebimbangan diskriminasi terhadap penduduk Islam AS dan laporan pertambahan kejadian jenayah benci.

Related Articles

Leave a Reply