Home SemasaGlobal Mike Pompeo desak pembunuh Khashoggi didakwa

Mike Pompeo desak pembunuh Khashoggi didakwa

by Noor Sheila Amin

RIYADH, 14 Jan – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo tiba di Riyadh semalam dan dijangka mendesak Putera Mahkota Mohammed Salman untuk membawa pembunuh Jamal Khashoggi ke muka pengadilan.

Menerusi laporan berita dari AFP, diplomat kanan AS itu yang sedang dalam lawatan ke Asia Barat, mengunjungi Arab Saudi untuk kali kedua sejak kemarahan komuniti antarabangsa tercetus susulan pembunuhan Khashoggi di dalam bangunan konsulat negara berkenaan di Istanbul.

“Kami akan terus bercakap dengan putera mahkota dan Arab Saudi bagi memastikan pembunuh tampil bertanggungjawab dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Kami akan memastikan memiliki semua fakta untuk memastikan pembunuh itu dihadapkan ke muka pengadilan, bukan sahaja oleh Arab Saudi tetapi juga AS,” kata Pompeo kepada wartawan di Qatar sebelum terbang ke ibu negara Arab Saudi.

Sebaik mendarat di Riyadh, Pompeo mendesak Arab Saudi meneruskan siasatan pembunuhan berkenaan menerusi mesyuarat bersama Menteri Luar, Adel al – Jubeir, dan Duta Besar Arab Saudi ke Washington, Putera Khalid Salman.

Kashoggi, kolumnis di akhbar Washington Post dibunuh pada 2 Oktober dalam apa yang disifatkan Arab Saudi sebagai ‘operasi jenayah’, menyebabkan negara itu terjebak dalam krisis diplomatik terburuk, sekali gus mengeruhkan hubungan antara Riyadh dan Washington.

 

Related Articles

Leave a Reply