Home PolitikPakatan Harapan PH tidak beri wang untuk raih undi – Tun Mahathir

PH tidak beri wang untuk raih undi – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Pakatan Harapan (PH) memberikan wang kepada mana-mana pihak untuk meraih undi semasa kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan tetap menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Pakatan Harapan tidak pernah bagi duit kepada sesiapa. Kalau duit tu, kerajaan dah bagi punya, itu dia bagi lah. Semua orang dapat. Itu sahaja,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit, ACGAS dikeluarkan Astana City Group Sdn Bhd di ibu negara.

Perdana Menteri mengulas mengenai gambar yang tersebar di media sosial seorang wanita memakai baju PH didakwa mengagihkan wang kepada sekumpulan individu ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, semalam.

Malah kecoh di media sosial yang mendakwa tindakan itu seperti cuba merasuah dan tidak kurang pula isu berkenaan digunakan parti lawan sebagai bahan kempen pilihanraya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam pada itu sedang menyiasat dakwaan pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditularkan melalui beberapa keping gambar berkenaan.

 

Related Articles

Leave a Reply