Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Singapura dedah dokumen rundingan dengan Malaysia – Air Times News Network
Home Semasa Singapura dedah dokumen rundingan dengan Malaysia

Singapura dedah dokumen rundingan dengan Malaysia

by M.Daim

SINGAPURA, 5 Dis – Kementerian Pengangkutan Singapura semalam telah mendedahkan sebahagian dokumen perbincangan antara Singapura-Malaysia berhubung isu ruang udara dan Lapangan Seletar.

Dokumen tersebut turut disiarkan oleh sebuah laman web media Singapura.

Perbincangan tersebut telah dilaksanakan antara pihak Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pendedahan tersebut turut merangkumi sebahagian minit mesyuarat yang turut dihadiri oleh kedua-dua pihak berkuasa penerbangan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Disember tahun lalu.

Selain minit mesyuarat, pihak berkuasa Singapura turut mededahkan kandungan dua emel yang dihantar oleh pihak CAAS kepada CAAM yang meminta maklumbalas dari pihak Malaysia mengenai pemasangan ILS di Lapangan Terbang Seletar.

Media Singapura turut melaporkan CAAS telah berhubung dengan CAAM melalui emel, surat dan pertemuan semasa acara anjuran International Civil Aviation Organisation (ICAO).

Kali terakhir kedua-dua pihak berjumpa adalah pada 29 November lalu.

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?