Home SemasaGlobal Liaoning telah capai tahap kesediaan bertempur

Liaoning telah capai tahap kesediaan bertempur

by Noor Sheila Amin

Beijing, 2 Jun – Kumpulan kapal pengangkut pesawat pertama China, Liaoning, telah mencapai tahap kesediaan tempur “awal”,  dalam satu lagi langkah penting dalam program pemodenan ketenteraan negara itu, kata kementerian pertahanan China.

“Liaoning  telah berjaya melaksanakan misi latihan”,kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang  dalam satu taklimat bulanannya.

Beliau berkata, “Liaoning telah menjadi misi berprofil tinggi dimana baru-baru ini, Liaoning telah belayar di sekitar Taiwan, yang dituntut China, dan ke Laut China Selatan.

“Latihan kumpulan kapal pengangkut Liaoning telah diperkuat untuk memasuki operasi tempur di lautan terbuka. Ia pada mulanya bagi membentuk keupayaan tempur sistem,” kata Ren, tanpa mengulas lanjut.

Tidak ramai yang mengetahui mengenai program kapal pengangkut pesawat ini, yang di anggap China sebagai rahsia negara.

Ia adalah sebahagian daripada pelan Presiden Xi Jinping untuk meningkaykan tahap persenjataan tenteranya dengan membangunkan segala-galanya dari Stealth jet ke peluru berpandu anti-satelit, dan China mahu meraka tahu kehadirannya di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian dan di sekitar Taiwan sendiri.

China membeli Liaoning dari negara Ukraine yang telah digunapakai di era soviet pada tahun 1998, dan China telah menjadikan Liaoning bagi kegunaan latihan kerana China mahu melihat keupayaan kapal pengangkut itu dalam mengendalikan jet pejuang di laut dan dengan kapal perang lain. Reuters.

 

 

Related Articles

Leave a Reply