WARSAW, 8 Mei – Seorang pendakwa raya di selatan Poland berkata, seorang mayat ditemui di pergunungan Tatra yang memiliki dokumen milik lelaki rakyat Malaysia berusia 29 tahun.
Ketua pendakwa raya di pusat percutian pergunungan Zakopane, Barbara Bogdanowicz, mayat itu ditemui pelancong semalam dan tidak jauh daripada laluan ditanda menuju ke tasik Morskie Oko.
Beliau berkata, kemungkinan lelaki itu meninggal dunia beberapa bulan lalu ketika musim luruh atau sejuk, berikutan baju panas ditemui pada mayat mangsa dan kematiannya bukan akibat perbuatan khianat.
Bogdanowicz menerusi laporan The Associated Press (AP) berkata, lelaki terbabit mungkin tersesat dan kesejukan ketika hari bertukar malam. Satu bedah siasat dijangka dilakukan esok (Selasa).
Antara barangan peribadi ditemui adalah dokumen milik seorang lelaki muda warga Malaysia.
Kedutaan Malaysia di sini sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu. – Agensi