Home Pertahanan dan Keselamatan Maut ketika ceroboh perairan negara

Maut ketika ceroboh perairan negara

by M.Daim

LAHAD DATU, 8 Mei – Sekumpulan penceroboh dari Filipina telah bertempur dengan pasukan rondaan khas PDRM di perairan Laut Sahabat, Lahad Datu, Sabah. Pertempuran yang berlaku pada jam 2 pagi tadi menyaksikan 4 orang penceroboh telah maut dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, kejadian itu berlaku di kawasan perintah berkurung dan 4.7 batu nautika dari sempadan laut Malaysia-Filipina.

Pasukan rondaan yang melibatkan Pasukan Khas ESSCOM, Unit 69 Komando dan Pasukan Polis Marin telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan sedang bergerak laju ke arah sekumpulan bot nelayan.

Pasukan keselamatan telah melakukan pintasan dan menyalakan lampu biru polis. Ketika itu, saspek telah melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan melepaskan tembakan balas ke arah bot penceroboh.

Selepas pertempuran, pemeriksaan pada bot dan kawasan sekitar mendapati 2 mayat saspek berada di dalam bot manakala 2 lagi di dalam laut. Kesemua saspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

 

Related Articles

Leave a Reply