Home PolitikPakatan HarapanMuhyiddin sah pertahan Parlimen Pagoh, tanding DUN Gambir

Muhyiddin sah pertahan Parlimen Pagoh, tanding DUN Gambir

by Air Times News Network
A+A-
Reset

MUAR, 20 Apr – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sah mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh serta turut bertanding kerusi Dewan Undangan  Negeri (Dun) Gambir pada pilihan raya umum ke-14.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program Jelajah  Harapan di Pagoh, malam ini.

Antara calonnya ialah Setiausaha PPBM Datuk Osman Sapian yang akan bertanding di DUN Kempas manakala calon bagi kerusi Parlimen termasuk Datuk Dr Shahrudin Mat Salleh (Sri Gading), Dr Mazlee Malek (Simpang Renggam) dan Karmaine Sardini (Pontian).

PPBM telah dibubarkan sementara oleh Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan akan bertanding atas tiket PKR.

Related Articles

Leave a Reply