Home SemasaGencatan senjata Lubnan-Israel: MALBATT teruskan misi mengikut mandat UNIFIL

Gencatan senjata Lubnan-Israel: MALBATT teruskan misi mengikut mandat UNIFIL

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Kementerian Pertahanan menyifatkan gencatan senjata selama 10 hari antara Lubnan dan Israel yang berkuat kuasa hari ini sebagai perkembangan positif di susulan ketegangan yang memuncak sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keadaan keselamatan di lapangan walaubagaimanapun masih tidak menentu susulan laporan berhubung beberapa insiden pelanggaran gencatan senjata di selatan Lubnan.

“Keutamaan Kementerian Pertahanan terus tertumpu kepada keselamatan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang berkhidmat di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Setakat ini, semua anggota MALBATT dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan terus melaksanakan tugas mengikut mandat yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau rapi perkembangan semasa bersama UNIFIL serta pihak berkaitan. Sebarang pelarasan operasi akan dilakukan berdasarkan arahan UNIFIL dan penilaian situasi semasa bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terjamin.

Dalam masa yang sama, MALBATT kekal berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kementerian turut menyuarakan harapan agar gencatan senjata ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi asas kepada penyelesaian yang berkekalan melalui rundingan serta saluran diplomasi demi keamanan
serantau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply