Home Pertahanan dan KeselamatanTentera LautTLDM, Tentera Laut Filipina kukuhkan kerjasama melalui mesyuarat dua hala

TLDM, Tentera Laut Filipina kukuhkan kerjasama melalui mesyuarat dua hala

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 25 SEPT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Filipina (PN) mengadakan mesyuarat penting bagi memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang keselamatan maritim serantau.

Mesyuarat ke-27 Navy-to-Navy Talks (N2NT) itu berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia semalam, dipengerusikan bersama oleh Panglima Muda Dato’ Pahlawan Mohd Fazli Kamal Mohd Mohaldin selaku Penolong Ketua Staf Operasi dan Latihan TLDM serta Laksamana Muda Alan M. Javier, Ketua Staf Tentera Laut Filipina.

Menurut kenyataan TLDM, perbincangan dijalankan dalam semangat keterbukaan dengan fokus kepada kerjasama di pelbagai peringkat. Antara agenda utama termasuk latihan bersama, program pertukaran serta operasi gabungan bagi meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua angkatan laut.

Mesyuarat ini juga menegaskan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan persahabatan dan memastikan kerjasama lebih berkesan dalam menjamin keselamatan serta kestabilan rantau ini.– airtimes.my

#AirTimesNewsNetwork #Semasa #TLDM #PhilippineNavy #N2NT #MaritimeSecurity #KerjasamaPertahanan #ASEANDefense #IndoPacificSecurity

Related Articles

Leave a Reply