Home Teknologi PertahananHoneywell uji Samurai atasi ancaman swarm drone

Honeywell uji Samurai atasi ancaman swarm drone

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

PHOENIX, 25 SEPT – Syarikat teknologi pertahanan, Honeywell mengumumkan kejayaan demonstrasi sistem Stationary and Mobile UAS Reveal and Intercept (SAMURAI) yang mampu menentang serangan dron kawanan (swarm drone) dalam dua sesi bersama pengendali tentera di Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan pada 22 September, Honeywell memaklumkan sistem berkenaan boleh dioperasikan terus daripada kenderaan darat serta melalui aerostat pada ketinggian lebih 1,000 kaki. Demonstrasi itu dijalankan bagi melindungi infrastruktur kritikal dan aset bernilai tinggi daripada ancaman dron.

“Dron kawanan memberi ancaman semakin besar terhadap aset bernilai tinggi. Keupayaan mengesan, menjejak dan menangkis ancaman ini adalah penting dalam operasi ketenteraan moden,

“Kejayaan demonstrasi baru-baru ini membuktikan sistem Honeywell bukan sahaja mampu memberi keupayaan kritikal di medan tempur, malah terbukti boleh diintegrasikan dengan sistem pertahanan sedia ada,” kata Presiden Honeywell Aerospace Technologies bahagian Pertahanan dan Angkasa, Matt Milas.

Sistem itu direka berasaskan Model Based System Engineering (MBSE), menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan integrasi pengesan serta effector pilihan pelanggan, dan mematuhi piawaian Modular Open Systems Approach (MOSA). Ia juga boleh dikendalikan dengan mudah oleh pasukan keselamatan atau petugas menara kawalan.

Honeywell menambah sistem ini boleh disesuaikan secara pantas dengan pengesan dan effector baharu mengikut keperluan operasi. Keupayaan integrasi tersebut membolehkan pasukan tentera menjimatkan kos dengan mengoptimumkan komponen sedia ada, selain menjadikan Honeywell sebagai pusat tunggal untuk naik taraf sistem seiring ancaman dron yang terus berevolusi.

Pembangunan sistem ini turut melibatkan beberapa syarikat pertahanan lain termasuk Blue Halo, Leonardo DRS, Pierce Aerospace, Silent Sentinel, Walaris, Rocky Research dan Versatol. Antara komponennya termasuk teknologi pengesanan frekuensi radio, sensor berasaskan cahaya serta dron ofensif untuk menentang kawanan.

Menurut Honeywell, demonstrasi tambahan turut ditawarkan kepada pengendali tentera tempatan dan antarabangsa yang berminat dengan penyelesaian komersial Counter-UAS. -airtimes.my

#airtimes #Honeywell #SAMURAI #CounterUAS #dron #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply