Home SemasaTUDM dijangka terima 12 helikopter AW149 mulai 2027

TUDM dijangka terima 12 helikopter AW149 mulai 2027

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

SUBANG, 23 JULAI – Kerajaan telah menandatangani perjanjian pajakan selama 15 tahun melibatkan 12 buah helikopter AW149 bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, perjanjian tersebut telah dimuktamadkan pada 16 Jun 2025 lalu, dengan penghantaran pertama helikopter dijangka bermula pada suku pertama tahun 2027.

Helikopter AW149 yang dipajakkan ini akan menambah keupayaan sedia ada TUDM, di samping menyokong pelbagai tugasan operasi udara.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media selepas Majlis Penyampaian Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-21 di Pangkalan Udara Subang pada Rabu.

Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris

Terdahulu, bekas Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pemilihan helikopter Leonardo AW149 bagi menggantikan pesawat Nuri atau Sikorsky S-61 memenuhi keperluan penugasan TUDM serta dilengkapi spesifikasi ketenteraan.

“Helikopter tersebut amat sesuai untuk melaksanakan 3 penugasan utama iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR) serta utiliti.

“Dalam hal ini, kami telah menyenaraikan spesifikasi bermula dari satu tahap tertentu, hingga ke tahap yang lebih tinggi bagi melaksanakan tugas-tugas itu. Penilaian dilakukan mendapati Leonardo AW149 dengan spesifikasi ketenteraan ini, dilihat berada dalam lingkungan tahap spesifikasi diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Norazlan turut memaklumkan bahawa perolehan helikopter utiliti Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) AW139 kini hampir lengkap, dengan tujuh buah pesawat telah diterima daripada lapan yang dirancang.

“Empat daripada helikopter GOCOM kini ditempatkan di Pangkalan Udara Butterworth dan empat lagi di Kuching,” katanya.-airtimes.my

#Airtimes #AW149 #TUDM #pertahanan #helikopter #ATM

Related Articles

Leave a Reply