Home Teknologi PertahananBritain dan Perancis tambah perolehan Storm Shadow baharu

Britain dan Perancis tambah perolehan Storm Shadow baharu

by M.Daim
A+A-
Reset

LONDON, 14 JULAI – Britain dan Perancis mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan menerusi perolehan tambahan peluru berpandu Storm Shadow.

Kedua-dua negara Eropah berkuasa nuklear itu turut menegaskan dalam deklarasi bersama mengenai kesiapsiagaan penggunaan kuasa nuklear terhadap sebarang ancaman strategik di Eropah.

Pada masa yang sama, Paris dan London turut  negara bersetuju melancarkan fasa baharu projek pembangunan peluru berpandu deep strike dan anti-kapal generasi baharu yang akan menggantikan Storm Shadow dalam tempoh terdekat.


Storm Shadow merupakan antara sistem persenjataan yang digunakan pada jet pejuang Eurofighter Typhoon.

Satu deklarasi penting telah ditandatangani antara Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menegaskan bahawa kedua-dua negara bersedia bertindak secara bersama terhadap sebarang ancaman ekstrem terhadap keselamatan Eropah.

“Cegah rintang nuklear kedua-dua negara adalah bebas tetapi boleh diselaraskan. Sebarang ancaman melampau terhadap Eropah akan mengundang tindak balas bersama oleh Britain dan Perancis,” jelas kenyataan Kementerian Pertahanan UK.

Deklarasi itu menegaskan peranan Britain dan Perancis sebagai dua kuasa nuklear utama di benua Eropah. Ia turut memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan nuklear serta sokongan terhadap kerangka bukan penyebaran senjata di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, kerjasama industri pertahanan kedua-dua negara turut diperluas melalui inisiatif Lancaster House 2.0 dan konsep baharu ‘Entente Industrielle’. Inisiatif ini akan menjadi pelaburan pertahanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.


Storm Shadow turut dilengkapi pada jet pejuang Dassault Rafale. Sistem persenjataan ini turut dikenali sebagai SCALP-EG

Selain pembangunan pengganti Storm Shadow, kerjasama turut merangkumi pembangunan senjata radiofrekuensi berteknologi tinggi seperti senjata gelombang mikro dan jammer.

Selain itu, kerjasama kedua-dua negara turut memberi fokus kepada penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem peluru berpandu dan dron masa hadapan. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Perancis #Britain

Related Articles

Leave a Reply