Home SemasaGlobalNATO anjur latihan peperangan udara di Turkiye

NATO anjur latihan peperangan udara di Turkiye

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KONYA, 24 MEI –  Turkiye menjadi tuan rumah bagi latihan udara antarabangsa, ANATOLIA PHOENIX bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan rakan sekutu di Pangkalan Jet Utama ke-3, Konya yang telah berlangsung dari 13 hingga 23 Mei 2025.

Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai negara yang bertujuan menguji keupayaan arahan serta kawalan dalam memperkukuh integrasi dan kebolehoperasian antara negara dan unit yang mengambil bahagian.

“Latihan ANATOLIA PHOENIX menyumbang kepada kesiapsiagaan dan daya tahan NATO serta menunjukkan kepentingan interoperabiliti dengan menguji dan mempromosikan taktik, teknik dan prosedur bersama,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, fokus utama latihan diberikan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam situasi tempur, selari dengan keperluan operasi sebenar di medan konflik.

“Pesawat pejuang, helikopter dan pasukan SAR melaksanakan prosedur bersama dalam misi menyelamat anggota dalam persekitaran berintensiti tinggi,” jelas kenyataan itu lagi.

Justeru, menerusi latihan ini membolehkan peserta antarabangsa menjalani simulasi pertempuran yang realistik dalam persekitaran operasi berancaman tinggi dan kompleks.

Antara negara terlibat mengambil bahagian, adalah unit dari Jerman, Itali, Poland, Romania, Slovakia dan Amerika Syarikat (AS).

“Mereka menjalankan operasi bersama, merangkumi sokongan udara rapat, penyasaran dinamik serta misi serangan sensitif masa,” katanya.

Dalam pada itu, edisi tahun ini, ANATOLIA PHOENIX yang mula dilaksanakan sejak 2009 menampilkan teknologi baharu yang diintegrasikan ke dalam sistem dan operasi canggih Tentera Udara Turkiye.

Kekerapan latihan ketenteraan dari berbilang negara ini, di darat mahupun udara, menjadi pemangkin utama NATO kepada usaha gabungan dan matlamat bersama Perikatan. -airtimes.my

#Airtimes #NATO #ANATOLIAPHOENIX #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply