if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Teknologi Pertahanan StormShroud: Dron ‘pengacau radar’ terbaharu Britain di medan tempur

StormShroud: Dron ‘pengacau radar’ terbaharu Britain di medan tempur

by Suraya Aziz

Penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) semakin mendominasi medan konflik moden. Dari padang pasir Yemen hingga ke medan tempur di Ukraine dan Lubnan, UAV bukan lagi sekadar alat tinjauan, sebaliknya telah menjadi aset hadapan utama dalam strategi ketenteraan. Baik dari segi misi serangan sehinggalah ke perisikan taktikal.

Namun, seperti mana teknologi berkembang, begitu juga sistem pertahanan udara musuh. Maka lahirlah keperluan untuk UAV yang bukan sahaja mampu mengintip, namun juga mengelirukan dan mengganggu radar musuh secara aktif.

Inilah asas kelahiran StormShroud, sistem UAV tempur baharu oleh Tentera Udara Diraja Britain (RAF) yang lebih “mematikan”.

Mengulas lanjut, StormShroud merupakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) canggih yang dilengkapi teknologi jammer stand-in BriteStorm buatan terkini Leonardo UK. Ianya direka khusus untuk memberi kelebihan kepada pesawat pejuang seperti F-35B Lightning II serta Typhoon dalam menembusi Sistem Pertahanan Udara Bersepadu (IADS) pihak lawan.

Antara ciri utama BriteStorm ialah penggunaan teknologi Digital Radio Frequency Memory (DRFM) yang mampu menipu radar musuh dengan menghasilkan isyarat palsu sehingga menyebabkan pihak lawan sukar membezakan ancaman sebenar dan palsu.

Ini bukan sahaja mengaburi IADS musuh malah mengurangkan risiko kehilangan aset ketenteraan utama. Sistem ini juga bersifat attritable, bermaksud, kos kerugiannya lebih rendah dari dron biasa jika musnah, namun masih boleh diprogram semula sekiranya berjaya kembali.

Menerusi sistem ini, UAV atau juga dikenali sebagai dron digunakan bukan sekadar sebagai perisai digital, namun juga sebagai unsur pendahulu serangan yang memporak-perandakan sistem pertahanan musuh dari jarak jauh.

Menurut kenyataan rasmi yang disiarkan oleh GOV.UK, StormShroud adalah sebahagian daripada program Platform Kolaboratif Autonomi (ACP) dan kini sedang ditauliahkan kepada Skuadron 216 RAF.

Dalam pada itu, Ketua Staf Udara, Air Chief Marshal Sir Rich Knighton memaklumkan, StormShroud telah pun diuji secara operasi dalam konflik Ukraine-Rusia, dan menyifatkannya sebagai satu titik perubahan dalam strategi udara United Kingdom (UK).

“StormShroud adalah detik penting bagi RAF dalam mengekalkan kelebihan dalam pertempuran udara dan keselamatan nasional. Ia membolehkan kami melaksanakan misi berisiko tinggi dengan pendekatan yang lebih seimbang dan kos yang terkawal,” ujarnya.

Sementara itu, perlu ditegaskan, meskipun wujud persamaan antara Platform Kolaboratif Autonomi (ACP) StormShroud dengan sistem pesawat tempur tanpa pemandu lain, terdapat perbezaan ketara yang membezakan kedua-duanya. Pada kebiasaan, sistem UAV tempur dirancang untuk membawa peluru berpandu tambahan dan menjalankan pelbagai misi tempur, namun StormShroud hanya dilengkapi dengan muatan peperangan elektronik (EW) BriteStorm semata-mata.

Ini membolehkan StormShroud dibina dengan saiz yang lebih kecil dengan tahap ketahanan yang lebih rendah. Ianya lebih sesuai untuk operasi khusus yang melibatkan manipulasi sistem pertahanan udara musuh, Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD), berbanding dengan dron yang turut melibatkan pelaksanaan serangan ketepatan tinggi dan misi risikan.

Secara keseluruhan, dron tempur seperti StormShroud memberikan nilai tambah kepada keupayaan tempur pasukan udara dengan menyokong pesawat-pesawat dari jarak selamat melalui taktik gangguan elektronik yang disasarkan tanpa membahayakan juruterbang manusia.

Pendekatan tumpuan tunggal StormShroud terhadap peperangan elektronik menjadikannya satu aset khusus yang strategik dalam senario pertempuran masa kini dan akan datang. -airtimes.my

#StrormShroud #RAF #asetpertahanan #ketenteraan #UAV

Related Articles

Leave a Reply