Dalam landskap peperangan moden yang semakin dipacu teknologi, kadangkala musuh tidak selalu datang dalam bentuk kereta kebal, senjata mahupun jet pejuang yang berkuasa tinggi. Adakalanya, ancaman itu berbentuk saiz kecil dan senyap yang hanya mengintai dari langit lalu menghilang sekelip mata setelah dapat menghancurkan sasarannya.
Itulah yang dapat diungkapkan realiti mengenai loitering munition, yang muncul sebagai salah satu senjata taktikal paling berpengaruh, dan mencetuskan perubahan besar dalam doktrin ketenteraan moden. Di samping, ia juga merupakan gabungan antara dron pengintip dan peluru berpandu, mengubah doktrin ketenteraan khususnya dalam serangan jarak jauh dan operasi anti-radar.
Ia yang juga dikenali sebagai ‘suicide drones’ dron Kamikaze sejenis senjata udara tanpa pemandu (UAV) di layar udara, bagi mengenalpasti lokasi tersembunyi yang disasarkan dalam tempoh singkat tanpa perlu menghantar senjata atau kehadiran tentera untuk menghampiri kawasan sasaran yang berbahaya yang berisiko menghilangkan nyawa.
Loitering munition ini, mula dibangunkan pada era 1980-an, dengan Israel Aerospace Industries (IAI) untuk Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD), dan telah digunakan dalam peranan itu dengan beberapa pasukan tentera pada tahun 1990-an. Ia juga menjadi antara pelopor utama dalam teknologi ini yang mana ketika itu, matlamat utamanya untuk mewujudkan sistem senjata yang mampu menyerang sasaran radar musuh secara tepat tanpa menjejaskan keselamatan pesawat berawak.
Pada peringkat awal, senjata ini digunakan dalam konflik berskala kecil dan operasi khas, terutamanya oleh pasukan elit untuk menyerang sasaran bernilai tinggi yang sukar dikesan. Keupayaannya untuk berlegar di udara dan hanya menyerang apabila sasaran disahkan, ini menjadikannya alat yang sangat berkesan dalam persekitaran pertempuran yang kompleks.

Loitering Munition semakin digunakan secara meluas di beberapa medan konflik global
Dalam dekad kebelakangan ini, loitering munition menyaksikan peningkatan dramatik dalam penggunaannya, terutama dalam konflik bersenjata di Nagorno-Karabakh, Ukraine dan Timur Tengah. Di medan-medan ini, ia digunakan secara meluas untuk menyerang kenderaan, sistem pertahanan udara dan pasukan infantri yang tersembunyi.
Antaranya, dapat dilihat beberapa negara muncul sebagai pemain utama yang memacu inovasi dan pengeluaran secara besar-besaran, seperti Turkiye yang memperkukuh kedudukannya menerusi senjata bersaiz kecil ini iaitu ALPAGU dan KARGU, digunakan dalam pelbagai misi taktikal.
Dalam pada itu, Iran turut menjadi perhatian dunia dengan penghasilan Shahed-136, sebuah dron Kamikaze yang digunakan secara meluas dalam konflik di Timur Tengah dan turut dikaitkan dalam peperangan di Ukraine.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mengembangkan sistem Switchblade, yang terkenal dengan saiz kompak dan keupayaan mudah diguna oleh infantri di medan perang. Tidak ketinggalan, Rusia juga memperkenalkan model seperti KUB-BLA dan Lancet, digunakan secara aktif dalam operasi ketenteraan untuk menyerang kenderaan dan kubu musuh.
Maka, persaingan teknologi ini menjadikan loitering munition sebagai salah satu komponen yang utama dan amat diperlukan dalam perlumbaan senjata moden dan membuktikan bahawa senjata ini bukan sekadar pelengkap taktikal, tetapi aset strategik yang merubah cara peperangan moden dilaksanakan.

Semakin mengecil – Switchblade merupakan antara Loitering Munition yang mudah alih dan boleh dilancarkan dari mana-mana lokasi.
Tambahan pula, senjata ini direka dengan memiliki pelbagai tahap autonomi, dikawal manual sepenuhnya oleh operator sehingga kepada sistem semi-autonomi dan berpandu kecerdasan buatan (AI), berpotensi keputusan dapat dilakukan secara automatik berdasarkan maklumat persekitaran yang diterima.
Fleksibiliti dalam sistem panduan ini membolehkan pengguna menyesuaikan penggunaan senjata mengikut keperluan misi, sama ada dalam serangan pantas atau dalam situasi menunggu sasaran muncul.
Walaupun, ianya lebih digunakan di udara, konsep loitering munition kini turut diperluaskan ke domain laut dengan membangunkan kenderaan bawah laut autonomi yang berfungsi dengan prinsip sama dengan memusnahkan sasaran tanpa amaran.
Penggunannya, yang semakin menjadi pilihan dalam perancangan ketenteraan moden oleh di kebanyakan negara, kerana kelebihannya yang mampu menyerang sasaran bernilai tinggi dengan berkesan.
Selain turut, mampu menjimatkan kos dengan menawarkan alternatif lebih murah dan mudah dikendalikan, menjadikannya satu alat senjata utama berbanding yang lain malah menjadikannya amat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai bentuk konflik, termasuk peperangan tidak simetri, operasi khas, dan serangan jarak jauh yang berisiko tinggi.
Berbeza dengan banyak jenis munisi lain, serangan oleh loitering munition mampu diubah semasa penerbangan atau dibatalkan sepenuhnya, berbanding peluru berpandu atau jet pejuang yang memerlukan pelaburan besar dan latihan khusus.
Dengan memiliki kemajuan teknologi seperti (AI) ini, penderia elektro-optik, dan pemprosesan data masa nyata, potensi penggunaan loitering munition akan mampu terus berkembang dengan lebih meluas di peringkat global. Ini sekaligus dijangka memainkan peranan penting dan membuka ruang untuk digunakan dalam pelbagai operasi ketenteraan di masa hadapan yang bukan sahaja di darat dan udara, bahkan di laut dan bawah laut.
Negara-negara yang menguasai teknologi ini bukan sahaja memperoleh kelebihan operasi yang signifikan, malah turut mempengaruhi keseimbangan kuasa ketenteraan serantau dan global. Teknologi ini berpotensi memainkan peranan dalam keselamatan sempadan, kawalan kawasan sensitif, dan operasi antikeganasan tanpa memerlukan campur tangan manusia secara langsung.
Walau, mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri, senjata ini hanya mampu digunakan sekali sahaja dan musnah meletup bersama sasaran ketika serangan dilancarkan, selain ia turut menimbulkan isu perundangan dan moral. Antaranya termasuk etika dan potensi penyalahgunaan bilamana penggunaannya tanpa mengikut garis panduan yang jelas.
Namun, isu ini telah pun mendapat pandangan daripada komuniti antarabangsa yang mula mendesak agar garis panduan dan undang-undang yang mengawal selia penggunaan senjata autonomi dapat diwujudkan secara lebih menyeluruh di masa akan datang.
Meskipun, terdapat kekurangan, kehadirannya telah mengubah landskap operasi ketenteraan yang lebih maju dan ke hadapan dan menjadikan sistem pertahanan udara yang lebih pantas, pintar sekaligus menandakan era peperangan baharu yang lebih senyap.
Justeru, masa depan senjata ini bukan sahaja ditentukan oleh kemajuan teknologi, tetapi juga bagaimana keupayaan oleh manusia dalam mengawal dan menetapkan batas penggunaannya untuk ke arah dan matlamat yang betul dalam sektor pertahanan sesebuah negara. -airtimes.my
#AirTimes #LoiteringMunition