KUALA LUMPUR, 13 Apr – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara rasmi membuka Kapsul Masa Wawasan 2020 yang ditanam di Menara Kuala Lumpur hampir tiga dekad lalu.
Difahamkan, kapsul tersebut ditanam pada 1 Oktober 1996 sempena perasmian Menara Kuala Lumpur, dan dirancang untuk dibuka pada tahun 2020.
Namun, pembukaannya tertangguh akibat beberapa faktor termasuk penularan pandemik COVID-19.
Antara barangan yang ditemui dalam kapsul berkenaan termasuklah setem, poster Menara KL, kad pengenalan, album gambar dan not kertas wang RM2.
Selain itu, keratan akhbar lama, cakera padat VCD dan teks sajak juga turut disimpan di dalam kapsul masa Wawasan 2020 tersebut.
Tun Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau sendiri tidak menyangka kapsul masa itu bakal dibuka oleh beliau sendiri setelah ia ditanam oleh negarawan tersebut pada tahun 1996.
Kunci kapsul ini telah disimpan oleh Ketua Pegawai Operasi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), Affandi Abdullah, selama lebih 28 tahun.-airtimes.my
#TunMahathir #kapsulmasa #wawasan2020 #Malaysia #airtimes