if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa 5 daerah di Selangor dilanda banjir kilat

5 daerah di Selangor dilanda banjir kilat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Lima daerah di Selangor dilanda banjir kilat pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak jam 1 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman berkata, daerah yang terjejas adalah Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.

“Bagi daerah Petaling, kawasan yang terkesan termasuk Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah, Kampung Baru Hicom, Kampung Seri Aman, Kampung Padang Jawa dan laluan motosikal di Jalan Persekutuan (Shah Alam),

“Banjir turut dilaporkan berlaku di Taman Daya, Bukit Payung dan Meru di daerah Klang, selain Kampung Abu Bakar Baginda di daerah Sepang. Di Hulu Langat pula, kawasan yang terjejas ialah Laman Gahal dan Batu 14, Kajang,” katanya.

Menurut beliau, setakat pagi ini, satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru bagi menempatkan penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat banjir.

Tambahnya lagi, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk APM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala rondaan turut dipertingkatkan di kawasan berisiko tinggi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca semasa dan segera berpindah ke tempat selamat sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.-airtimes.my

#semasa #banjir #selangor #malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply