if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Penangguhan tarif AS legakan Malaysia – Anwar

Penangguhan tarif AS legakan Malaysia – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penangguhan pelaksanaan tarif import oleh Amerika Syarikat selama 90 hari sebagai satu kelegaan sementara kepada Malaysia.

Malaysia merupakan antara 75 negara yang menerima penangguhan tersebut daripada pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

“Malaysia terlibat (dalam penangguhan), melegakan sebentar,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini.

Terdahulu, Trump mengumumkan penangguhan selama 90 hari terhadap pelaksanaan tarif import ke atas kira-kira 60 negara rakan dagang AS.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Amerika mengenakan tarif balas yang lebih ketat ke atas hampir 90 negara lain.

Bagaimanapun, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.-airtimes.my

#Malaysia #AS #tarif #Trump #Anwar #penangguhan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply