if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa PUM tegas sokong perjuangan rakyat Palestin, seru dunia Islam bertindak

PUM tegas sokong perjuangan rakyat Palestin, seru dunia Islam bertindak

by Zulfadhli Azmie

KUALA LUMPUR, 9 April 2025 – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin, terutamanya di Gaza, yang kini berdepan serangan bertubi-tubi daripada rejim Zionis.

Setiausaha Agung PUM, Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor menyeru seluruh umat Islam dan pencinta kebebasan untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi kezaliman tersebut.

Menurutnya, keadaan yang sangat genting di Gaza memerlukan perhatian dan tindakan segera dari seluruh dunia.

“Perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka adalah perjuangan yang adil dan wajar disokong dengan segala cara yang mungkin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, PUM mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis yang menyebabkan ribuan rakyat Gaza menjadi mangsa pembunuhan dan kekejaman.

Kenyataan tersebut turut merujuk kepada fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia (al-Ittihād al-‘Ālamī li-Ulāmā’ al-Muslimīn) yang menyeru negara-negara Islam untuk memberikan bantuan, termasuk melalui kekuatan ketenteraan jika perlu.

“Fatwa ini jelas menunjukkan betapa mendesaknya keperluan untuk membela rakyat Gaza yang kini berada dalam keadaan sangat memerlukan,” ujarnya lagi.

PUM turut menggesa negara-negara Islam agar tidak sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya memainkan peranan aktif untuk menghentikan kekejaman dan menyalurkan bantuan sewajarnya.

Dalam pada itu, PUM melihat sokongan rakyat dari negara-negara Barat terhadap Palestin sebagai satu perkembangan positif yang menandakan penolakan terhadap kekejaman Zionis oleh masyarakat global.

“Tidak seharusnya ada seorang pun umat Islam yang memandang sinis atau acuh tak acuh terhadap perjuangan rakyat Palestin ini,” tegas PUM.

Dalam kenytaan yang sama, PUM menyeru agar usaha menyokong perjuangan rakyat Palestin diteruskan tanpa henti sehingga mereka mencapai kemenangan dan keadilan yang mereka perjuangkan.

“Terus Berjuang Demi Kebebasan Bumi Palestin,” seru PUM dalam kenyataan tersebut.-airtimes.my

#Malaysia #Palestin #PUM #Islam #airtimes

Related Articles

Leave a Reply