if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Projek LMS Batch 2 ikut jadual, pembinaan masuk fasa penting

Projek LMS Batch 2 ikut jadual, pembinaan masuk fasa penting

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 April – Pembinaan Kapal Misi Pesisir Fasa 2 (LMSB2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memasuki fasa penting apabila upacara peletakan lunas atau keel laying disempurnakan di limbungan Istanbul Shipyard, Turkiye, pada Selasa.

TLDM memaklumkan, upacara tersebut disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Menurut TLDM, keel laying adalah langkah penting dalam pembinaan struktur utama kapal, yang menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok utama kapal di limbungan.

“Upacara ini merupakan tradisi dalam industri pembinaan kapal yang menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok-blok utama kapal di limbungan,” jelas TLDM dalam satu kenyataan pada Rabu.

Upacara peletakan lunas di limbungan Istanbul Shipyard, Turkiye disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain . – FOTO: TLDM

Upacara kali ini adalah kesinambungan kepada upacara steel cutting yang telah dilaksanakan pada 4 Disember 2024, sekaligus menandakan peralihan daripada fasa pembinaan kepada fasa penyambungan.

Dalam rangka lawatan kerja delegasi Malaysia ke Turkiye, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (Project Monitoring Committee – PMC) turut diadakan pada 7 April yang lalu, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

PMC bertujuan memantau pengurusan, pelaksanaan kontrak dan kemajuan keseluruhan projek LMSB2.

“Pihak syarikat telah membentangkan kemajuan kerja bagi ketiga-tiga buah kapal dan menunjukkan kemajuan kerja yang sangat memberangsangkan bagi projek ini,

“Berdasarkan kemajuan kerja semasa, kapal LMSB2 dijangka siap dan dilancarkan pada pertengahan tahun 2026 sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun 2027,” jelas kenyataan itu lagi.

Majlis turut dihadiri delegasi Kementerian Pertahanan, wakil TLDM, Pasukan Projek LMSB2 serta Timbalan Pengurus Besar Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM), Mr. Bülent Soydal.-airtimes.my

#TLDM #LMSB2 #Malaysia #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply