if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Kes kematian Prebet Muhammad Muqriz: Dua anggota tentera dituduh membunuh

Kes kematian Prebet Muhammad Muqriz: Dua anggota tentera dituduh membunuh

by Aqilah Azman

KUCHING, 9 APRIL – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri hari ini, atas pertuduhan mengakibatkan kematian rakan sepasukan mereka, Muhammad Muqriz Aseri, 21 pada 24 Mac lalu.

Menurut laporan, Muhammad Afiq Syarim, 23, dari Bedong, Kedah dan Mohamad Fales Khuzaimah, 21, dari Tumpat, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menyebabkan kematian Muhammad Muqriz antara jam 2.15 pagi hingga 3.05 pagi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Blok Kediaman Bujang LLP, Kompeni Alpa, Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Kem Sri Miri.

Kedua-dua tertuduh yang memakai pakaian sukan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ashok Linggam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah di bawah bidang Kuasa Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Franklin Ganggan Bennet kemudian memohon penetapan tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dan laporan kimia.

Ashok membenarkan permohonan itu dan menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Susulan, kedua-dua tertuduh diperintahkan menjalani tahanan lanjut mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah sementara menunggu tarikh itu.

Tertuduh kedua diwakili peguam Ranbir Singh, manakala tertuduh pertama tidak diwakili peguam. -airtimes.my

#AirTimes #tentera #PrebetMuqriz #Kuching #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?