if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Isu Kuil: Zamri Vinoth direman dua hari

Isu Kuil: Zamri Vinoth direman dua hari

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 28 MAC – Mahkamah Majistret di kangar hari ini, memerintahkan reman dua hari ke atas pendakwah Islam Zamri Vinoth bermula hari ini berhubung kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 9.30 pagi tadi,” jelasnya.

“Dia akan ditahan sehingga Sabtu, 29 Mac ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Susulan, Razarudin dilaporkan, pihaknya menerima laporan daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang kelmarin.

Pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth, mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak sebuah kuil Jalan Munshi Abdullah, di sini, yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

Justeru, polis menahannya dan merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, media semalam melaporkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang, di Kangar, Perlis. -airtimes.my

#AirTimes #ZamriVinoth #Kuil #Islam #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply