Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serangan udara di Anbar: Ketua Kumpulan Daesh Iraq terbunuh – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Serangan udara di Anbar: Ketua Kumpulan Daesh Iraq terbunuh

Serangan udara di Anbar: Ketua Kumpulan Daesh Iraq terbunuh

by Zulfadhli Azmie

IRAQ, 15 MAC – Ketua pengganas Daesh di Iraq, Abdallah Makki Muslih al-Rufay’i, yang dikenali sebagai Abu Khadija terbunuh dalam satu operasi khas yang dilaksanakan secara bersama oleh Amerika Syarikat dan Iraq.

Operasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat ini dijayakan oleh agensi Perkhidmatan Perisikan Negara Iraq, dengan sokongan dan penyelarasan daripada Komando Operasi Bersama dan pasukan Gabungan Antarabangsa.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ al-Sudani mengesahkan, kejayaan operasi itu dan menyifatkannya sebagai kemenangan besar bagi Iraq dalam usaha membanteras kumpulan pengganas Daesh.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Iraq, rakyat Iraq, dan semua negara yang cintakan keamanan atas pencapaian keselamatan yang ketara ini,” katanya dalam satu kenyataan di aplikasi X pada Jumaat.

Suspek, Abu Khadija merupakan Ketua Timbalan Daesh dan salah seorang individu yang paling berbahaya di Iraq serta di peringkat global, terbunuh melalui serangan udara yang dilakukan ketika operasi tersebut.

“Operasi yang dilakukan pada malam Khamis itu dilakukan melalui serangan udara di Wilayah Anbar, Barat Iraq,” menurut kenyataan seorang pegawai keselamatan Iraq.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trum turut mengesahkan perkara ini melalui kenyataan beliau di platform Truth Social.

“Hari ini pemimpin buruan ISIS di Iraq telah terbunuh,” katanya sambil menegaskan kejayaan ini didapatkan melalui kerjasama Kerajaan Iraq dan Pemimpin Wilayah Kurdish.

Pengumuman kejayaan operasi menumpaskan Abu Khadija dibuat pada hari yang sama dengan lawatan rasmi diplomat tertinggi Syria ke Iraq, di mana kedua-dua negara berikrar memperkukuh kerjasama dalam memerangi Daesh, ketika Iraq bimbang tentang kebangkitan semula militan itu akibat pergolakan politik di Syria.-airtimes.my

#global #airtimes #DAESH #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?