Home Semasa Ismail Sabri akhirnya tiba di SPRM, jawab siasatan rampasan RM177 juta

Ismail Sabri akhirnya tiba di SPRM, jawab siasatan rampasan RM177 juta

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 13 MAC — Setelah dua kali ditangguhkan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akhirnya tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rampasan wang tunai dan jongkong emas yang dikaitkan dengan bekas pembantunya.

Difahamkan, sesi siasatan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 5 Mac, namun berulang kali ditangguhkan susulan pengecualian perubatan yang dikemukakan oleh Ismail Sabri kepada pihak penyiasat.

Ahli Parlimen Bera berkenaan difahamkan rebah dirumahnya beberapa hari selepas kenyataan berkenaan pengisytiharan harta dibuat pada Februari lalu.

Mengulas lanjut, beliau kini disiasat sebagai suspek utama dalam kes yang melibatkan empat bekas pegawai kanannya.

Siasatan ini susulan serbuan di beberapa premis bekas pembantunya, yang membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM170 juta, 16 kilogram jongkong emas dan aset tambahan yang belum dinyatakan nilai.

Kediaman berkenaan dipercayai berfungsi sebagai “safe house” kepada bekas Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Dalam pada itu, 13 bank akaun berjumlah lebih 2 juta turun disita SPRM bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.-airtimes.my

#IsmailSabri #rasuah #RM170juta #Airtimes #Malaysia #wangharam #SPRM

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?