Home SemasaGlobal Malaysia utamakan usaha damai selatan Thailand -Thaksin

Malaysia utamakan usaha damai selatan Thailand -Thaksin

by Aqilah Azman

NARATHIWAT, 24 FEB – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berkata, Malaysia selaku pengerusi ASEAN dan Perdana Menteri Malasyia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat mengutamakan usaha dalam mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand.

Beliau berkata demikian, ketika lawatan kerja sehari ke tiga wilayah selatan Thailand bagi mencari penyelesaian konflik yang telah lama berlarutan di wilayah itu.

“Maka hari ini, saya turun untuk melihat sendiri keadaan di sini, meneliti isu-isu yang ada dan mendengar suara rakyat,” katanya pada Isnin, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau yang juga penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN, bertekad menyelesaikan konflik berkenaan serta percaya rundingan merupakan jalan terbaik, selain menyatakan harapan untuk melihat rundingan diteruskan di semua peringkat bagi mencapai kedamaian.

Lawatan ini merupakan kunjungan pertama Thaksin sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, dan juga lawatan pertamanya ke wilayah itu selepas lebih 20 tahun sejak kerajaan pimpinannya dijatuhkan pada 2006.

Terdahulu, Thaksin diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai, serta Menteri Keadilan, Tawee Sodsong, tiba di lapangan terbang di sini dan disambut oleh Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhammad Noor Matha. -airtimes.my

#AirTimes #ASEAN #Thailand #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?