if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Permohonan ke MTD meningkat 80 peratus, walau terpalit isu buli

Permohonan ke MTD meningkat 80 peratus, walau terpalit isu buli

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Permohonan kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD) meningkat tahun ini walaupun terdapat dakwaan kes buli di istitusi tersebut.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan, sebanyak 3,990 permohonan yang diterima pada 2025, namun hanya 260 pelajar sahaja yang akan dipilih.

“Sebenarnya keyakinan rakyat Malaysia kepada MTD itu cukup tinggi, pada 2024 permohonan daripada ibu bapa yang cuba untuk dapatkan ruang untuk anak-anak mereka di MTD adalah seramai 2,200 pada 2024 permohonan sedangkan pengambilan 260 orang sahaja,

“Pada 2025 pula, walaupun pelbagai isu dibangkitkan MTD dan kita tahu MTD mempunyai disiplin tersendiri, dan kerana kenyakinan itu kita lihat tahun ini permohonan meningkat kepada 3,990 permohonan dan pengambilan kita hanya seramai 260 orang sahaja,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) berkenaan penilaian daripada segi perwatakan ekoran kejadian buli dalam Maktab Tentera Diraja.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa pemilihan kemasukan ke MTD bukan sekadar berdasarkan keputusan akademik, tetapi turut merangkumi penilaian terhadap perwatakan dan kebolehan pelajar.

“Sebab itu kalau lihat di MTD ini kalau nk masuk prosesnya adalah kewibawaan seorang pelajar diambil kira dalam semua aspek. bukan sahaja pendidikan, tetapi kokurikulum juga dinilai termasuk sikap dan keupayaan mereka,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menegaskan kementeriannya tidak akan bertolak ansur dengan amalan buli dan berjanji untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan.

“Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penderaan dalam mana-mana institusi di bawah Kementerian ini,

“Sebarang dakwaan akan disiasat dan diberikan perhatian yang serius. Sekiranya bersalah, individu berkenaan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ekoran laporan mengenai budaya membuli yang dikatakan berlaku di MTD termasuk melibatkan kecederaan fizikal.-airtimes.my

-airtimes.my

#MTD #sekolahtentera #ATM #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply