Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini diambil susulan insiden tembakan di sebuah pusat beli belah di Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini.
Tegasnya, insiden terbabit memberi perspektif berbeza kepada KDN, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menilai keperluan keselamatan di lokasi komersial.
“Latihan asas mereka dikendalikan oleh PDRM, namun kini kita melihat keperluan untuk meningkatkan modul latihan berdasarkan ancaman semasa,
“Saya akan meminta Tan Sri Ketua Polis Negara dan Datuk Ayub meneliti semula aspek ini supaya kawalan keselamatan di kompleks perniagaan dan kawasan awam lebih berkesan. Pihak industri kawalan keselamatan juga akan dilibatkan dalam perbincangan ini” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, kesiapsiagaan PDRM berada pada tahap terbaik bagi memastikan ketenteraman negara kekal terkawal.
“Sebagai contoh, dalam satu kes jenayah baru-baru ini, pihak polis berjaya menjalankan pemprofilan suspek dalam tempoh singkat. Suspek bukan sahaja dikenal pasti, malah didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau sekali gus membuktikan kecekapan tinggi pasukan PDRM dalam menangani jenayah dengan pantas dan berkesan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai isu pemilikan senjata api tanpa lesen, beliau menegaskan, undang-undang sedia ada sangat ketat dan kesalahan tersebut dikategorikan sebagai jenayah berat.
“Pemilikan senjata api tanpa lesen adalah satu kesalahan jenayah yang berat. Proses mendapatkan lesen pula melalui tapisan ketat oleh Bukit Aman dan KDN. Daripada 100 permohonan, secara purata hanya tiga yang diluluskan dengan justifikasi kukuh sejak saya memangku jawatan Menteri Dalam Negeri,” dedahnya.
Ujarnya, kes terbaru membabitkan warga asing yang memiliki senjata api tanpa lesen kini sedang dalam proses pendakwaan dan tidak mencerminkan ancaman keselamatan nasional secara keseluruhan. -airtimes.my
#KDN #Malaysia #SaifuddinNasution #PDRM #Tembakan #Airtimes