Home SemasaGlobal Trump tandatangan perintah eksekutif kenakan sekatan ke atas ICC

Trump tandatangan perintah eksekutif kenakan sekatan ke atas ICC

by Zulhaizi Rosdi

WASHINGTON, 7 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis telah menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan sekatan terhadap Mahkmah Jenayah Antarabangsa (ICC), menurut kenyataan White House.

Perintah eksekutif itu diambil susulan keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selain menuduh ICC menyasarkan AS dan Israel secara tidak wajar.

Perintah itu merangkumi sekatan kewangan serta sekatan visa terhadap pegawai ICC yang tidak dinyatakan dan ahli keluarga mereka yang didapati membantu dalam penyiasatan terhadap rakyat atau sekutu AS.

Semasa pentadbiran Trump pada penggal pertama, beliau pernah mengenakan sekatan terhadap ICC kerana menyiasat dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera AS di Afghanistan.

Namun, sekatan tersebut telah ditarik balik oleh Presiden Joe Biden ketika beliau mengambil alih tampuk kepimpinan AS.

Terdahulu, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

Waran tangkap itu dikeluarkan atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024.

#Trump #ICC #Perintaheksekutif #sekatan #warantangkap #global #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?