Home Teknologi Pertahanan Panglima Tentera Udara terbangkan SU 30-MKM, pimpin misi pemintasan pesawat asing dan force down

Panglima Tentera Udara terbangkan SU 30-MKM, pimpin misi pemintasan pesawat asing dan force down

by Suraya Aziz

KUANTAN, 4 FEB – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi membuktikan kesiagaan dan keupayaannya dalam mempertahankan kedaulatan negara apabila Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM sendiri, menerbangkan pesawat Su-30MKM dalam misi pemintasan pesawat asing dan force down.

Demonstrasi udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan ini diadakan sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA), bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi tentang operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya TUDM, dalam mempertahankan ruang udara negara.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan bersiap sedia di dalam jet pejuang, SU-30MKM (Foto: FB TUDM)

Mengulas lanjut, misi pemintasan dan force down merupakan antara tindakan segera yang dilaksanakan oleh skuadron pesawat pejuang dalam menangani sebarang pencerobohan ruang udara.

Kecekapan dan kesiapsiagaan anggota serta aset TUDM pada peringkat strategik, operasional,dan taktikal terbukti apabila demonstrasi ini dijayakan dengan cemerlang.

Selain itu, pelbagai latihan ketenteraan turut dipamerkan termasuk Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic, Close Air Support Mission, serta Night Flight Tactical Operation.

Anggota TUDM melakukan misi Free-Fall Tactical Infiltration ketika demonstrasi (Foto: FB TUDM)

Beberapa wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut diberi peluang untuk merasai sendiri cabaran yang dihadapi oleh pegawai dan anggota ATM dalam setiap misi.

Demonstrasi ini bukan sahaja memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan pertahanan udara negara, malah turut memberi gambaran jelas terhadap keperluan penambahbaikan dalam perkhidmatan ATM, selari dengan cadangan yang dikemukakan kepada JKK SSPA. -airtimes.my

#TeknologiPertahanan #TUDM #PanglimaTenteraUdara #Malaysia #MisiPemintasan #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?