BANGKOK, 7 FEB – Thailand memperketatkan kawalan sempadan selepas menggantung bekalan elektrik ke lima kawasan di Myanmar bagi menghindari kesan buruk yang berkemungkinan akan timbul.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai menyatakan, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha mengekang operasi haram, lapor Xinhua.
Justeru, polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera mengetatkan keselamatan di sepanjang sempadan.
Dalam pada itu, Phumtham memaklumkan, bahawa badan pengawalseliaan telekomunikasi Thailand akan memutuskan semua sambungan Internet yang bermasalah menjelang penghujung bulan.
Manakala, perkhidmatan penting akan mengalami pengurangan sambungan.
Pada masa sama, Phumtham memberi contoh impak daripada langkah tersebut, penggunaan tenaga menurun hampir separuh di salah satu kawasan Myanmar yang menjadi tumpuan penipuan dalam talian, selepas bekalan elektrik dihentikan, pada Rabu.
Susulan, Phumtham ketika ini juga menjalankan pemeriksaan ke wilayah Tak, bersempadan dengan Myanmar.
Lanjutan, semua agensi yang berkaitan turut terbabit sepenuhnya dalam pelaksanaan langkah menangani penyeludupan dadah dan jenayah berkaitan sempadan.
Majlis Keselamatan Thailand pada Selasa, memutuskan untuk bekalan elektrik, bahan api, dan perkhidmatan Internet ke lima lokasi di tiga negeri Myanmar yang dikenal pasti sebagai pusat kegiatan haram, termasuk pemerdagangan manusia, penipuan pusat panggilan, pengubahan wang haram dan jenayah rentas sempadan. -airtimes.my
#AirTimes #Jenayah #KawalanSempadan #Myanmar #Thailand