KUALA LUMPUR, 7 Feb – Genting Malaysia Bhd (GENM) menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut GENM, sumbangan ini membuktikan komitmen GENM dalam menyokong kebajikan veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
“Sumbangan ini adalah manifestasi komitmen mereka sebagai sebuah syarikat korporat dalam menyantuni dan menyokong veteran ATM,” jelas Genting Malaysia dalam kenyataan pada Khamis.
Turut hadir, Presiden Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Yayasan Veteran ATM pula bertekad untuk terus memantapkan program kebajikan mereka melalui sumbangan korporat dan pelaburan berterusan.
Selain itu, yayasan ini juga aktif dalam meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda melalui pelbagai program kesedaran dan inisiatif patriotik.
Mengulas lanjut, Genting Malaysia menjelaskan, mereka amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini dan berazam untuk terus memberikan sokongan padu kepada wira negara.
“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban veteran ATM dan keluarga, serta menghargai jasa mereka yang telah berkorban demi negara,” jelas kenyataan itu lagi.-airtimes.my
Sumbangan tersebut merupakan manifestasi syarikat dalam menyantuni dan menyokong veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan serta keselamatan negara.
#pertahanan #genting #veteranATM #ATM #airtimes