KUALA LUMPUR, 4 FEB – Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami menyatakan pengibaran bendera yang uzur merupakan sebagai satu tanda tidak hormat.
Menurutnya, ini sejajar khusus di Peringkat 9.1 Adab dan Tertib yang menyatakan bendera perlu dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu selepas digunakan agar tidak dilangkahi dan sebagainya.
Manakala, perkara 9 di mana bendera yang telah koyak dan bertukar warna dianggap sebagai bendera yang uzur.
Justeru, pemusnahan perlu dilakukan dengan cara yang sopan dan membakar secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat terhadap bendera tersebut.
“Ini adalah arahan yang telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Tetapi sekiranya perbuatan itu diteruskan tanpa kesedaran ataupun atas kecuaian sesuatu pihak tertentu, perkara itu dibawa kepada pengetahuan pihak PBT ataupun Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak yang bertanggungjawab atas bendera menjaga kehormatan lambang kenegaraan,” ujarnya.
Pada masa sama, kerajaan juga berusaha mengadakan program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada setiap tahun, bagi membangkitkan rasa kebanggaan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
Menerusi pendekatan tersebut, turut memberikan penjelasan mengenai tata cara pemasangan bendera dan cara untuk menghormati Jalur Gemilang.
Dengan itu, kesedaran dan informasi berhubung lambang-lambang kebesaran negara seperti Bendera Malaysia Jalur Gemilang ini, ia sebagai usaha menyuntik semangat dan menyemai rasa hormat kepada simbol kebesaran negara. -airtimes.my
#AirTimes #JalurGemilang #Bendera #Malaysia