KUALA LUMPUR, 4 Feb – Dewan Rakyat hari ini kecoh beberapa kali apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membangkitkan isu Titah Adendum berkait tahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hamzah mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Anwar Anwar Ibrahim telah menyembunyikan titah tersebut dan menurutnya, ia merupakan satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Susulan dakwaan itu, beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) bangkit meminta Hamzah menarik balik dakwaan itu kerana ia bersifat sangkaan jahat terhadap kerajaan.
“Ini soalannya, apabila seseorang menyembunyikan Titah Diraja dia adalah merupakan penderhakaan kepada Raja dan negara,
“Kalau ini berlaku ini bermakna, kerajaan Madani ini adalah kerajaan yang menderhaka kepada Titah Diraja,
“Menderhaka itu satu bab. Lepas itu menjawab di Parlimen, kalau kami hendak tahu pergilah mahkamah,
“Sebagai Ketua Pembangkang, menjemput rakan-rakan untuk mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dan hari ini apabila saya di mahkamah, cerita lain pula, apa hendak jadi ini?,” jelasnya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pembangkang itu turut mempersoalkan, prinsip berterus terang yang sepatunya ditunjukkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat, namun dicelah oleh Ahli Parlimen yang lain.
“YB Ketua Pembangkang, atas dasar apa yang mengatakan YB Tambun (Anwar) sebagai penderhaka. Atas dasar apa?,” soal Ahli Parlimen Sungai Petani (PH), Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Pertanyaan Mohammed Taufiq tutut mendapat sokongan dari Ahli Parlimen PH yang lain.-airtimes.my
#semasa #Parlimen #DewanRakyat #Pembangkang #Anwar #Malaysia