Home SemasaGlobal Malaysia terlibat dalam pelbagai usaha heret Israel kemuka pengadilan – Tok Mat

Malaysia terlibat dalam pelbagai usaha heret Israel kemuka pengadilan – Tok Mat

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 4 FEB – “Berbagai-bagai usul kita lakukan, termasuk membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ,” kata Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, perkara itu perlu mendapatkan mandat menerusi majoriti daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dapat menyingkirkan negara yang menjadi ahli PBB melalui perkara 5 dan 6.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan semua negara di Eropah, terutamanya Kesatuan Eropah juga telah pun sama-sama menyatakan akan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka melalui Two-state solution.

“Ini adalah satu usaha untuk melihat masyarakat antarabangsa dan menamatkan pengakhiran penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin yang hampir tujud dekad di bawah kekejaman Israel.

“Itu sebabnya kita menyokong, penubuhan negara Palestin yang merdeka melalui Two-state solution,” jelasnya yang turut menegaskan Malaysia untuk lebih serius dalam mengkoordinasi bantuan kemanusiaan ini.

Selain itu, beliau turut berpendapat, keamanan dan gencatan senjata diutamakan ketika ini harus dikekalkan dan mewujudkan kemerdekaan negara Palestin serta diberikan mandat hak oleh PBB.

Sementara itu, berkenaan tersebut telah menjadi sebagai resolusi sidang tergempar dan akan diusahakan oleh The Organization of  Islamic Coorperation (OIC) dan Liga Arab untuk dikemukakan ke persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-80 pada hujung tahun ini. – airtimes.my

#AirTimes #Palestin #PBB #Israel

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?