Home Semasa Westar raih kontrak pembekalan khidmat helikopter US$ 40 juta di luar negara

Westar raih kontrak pembekalan khidmat helikopter US$ 40 juta di luar negara

by M.Daim

DILI, 3 FEB – Syarikat Westar telah berjaya meraih kontrak pembekalan khidmat helikopter di Timor Leste dengan nilai US$ 40 juta.

Kejayaan itu diraih selepas kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter yang dibekalkan oleh Weststar-GAP Aviation LDA telah dimeterai dengan syarikat tenaga terkemuka dari Australia, Santos NA (19-12) Pty. Ltd.

Weststar-GAP Aviation LDA merupakan satu usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2020 di antara  Timor GAP-Timor Gas Petroleo, E.P., dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA.

Kontrak pembekalan tersebut telah dimeterai pada akhir Januari lalu di Hotel Timor, Dili dan mula dilaksanakan pada 1 Februari 2025.

Menurut Westar dalam satu kenyataan, kontrak ini melibatkan melibatkan penyediaan perkhidmatan pengangkutan helikopter untuk menyokong operasi luar pesisir Santos di wilayah Bayu-Undan, Timor-Leste.

Kontrak ini turut meliputi tempoh awal selama 12 bulan dengan pilihan lanjutan masa 6 bulan untuk sebanyak 2 kali.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim menyatakan kontrak ini merupakan satu pencapaian yang besar kepada Westar.

“Ia mengukuhkan kekuatan perkongsian kami dengan Timor GAP dan menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh pemimpin industri seperti Santos,

“Keupayaan kami untuk menyediakan penyelesaian penerbangan bertaraf dunia yang disesuaikan dengan keperluan unik sektor minyak dan gas adalah bukti kecemerlangan operasi dan komitmen kami terhadap keselamatan,” kata Dr. Syed Azman.

Pihak Westar akan membekalkan 2 buah helikopter Leonardo AW189 bagi memenuhi kontrak ini.

“Ia juga membuka peluang untuk pengembangan ke medan Greater Sunrise, yang akan menyokong operasi ENI dan Sunda Gas,

“Jumlah nilai potensi projek Weststar-GAP dalam tempoh 10 tahun akan datang dianggarkan melebihi USD 400 juta, menunjukkan prospek jangka panjang yang cerah bagi syarikat ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Westar.

Westar menjelaskan majlis menandatangani kontrak telah disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pemimpin tinggi dari Timor Leste.

“Kehadiran Menteri Pelaburan dan wakil kerajaan Timor Leste telah kepentingan strategik perjanjian ini untuk kedua-dua negara,

“Dengan kejayaan ini, Weststar-GAP terus menunjukkan komitmennya untuk menyediakan penyelesaian penerbangan bertaraf dunia yang selamat dan efisien, khususnya untuk industri minyak dan gas,

“Kontrak ini bukan sahaja membawa manfaat ekonomi kepada Timor-Leste tetapi juga mengukuhkan kerjasama serantau antara Malaysia, Timor-Leste, dan Australia,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan usaha sama Weststar-GAP  yang ditubuhkan pada Jun 2020 telah menjadi tonggak penting dalam industri penerbangan Timor-Leste.

Kontrak bernilai USD 40 juta ini menandakan satu kejayaan besar bagi Weststar-GAP dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal utama perkhidmatan helikopter luar pesisir di rantau Asia Tenggara.

“Dengan memanfaatkan pengetahuan mendalam Timor GAP tentang pasaran tempatan dan kepakaran global Weststar dalam penerbangan luar pesisir, syarikat ini berjaya mencipta nama dalam industri yang kompetitif ini,

“Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Weststar-GAP sebagai pemain utama di rantau ini tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga Timor-Leste,” kata Westar. – airtimes.my

Westar merupakan syarikat tempatan yang kini mempunyai operasi global di 11 buah negara di rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika. Syarikat ini juga telah dianugerahkan kontrak membekalkan 28 helikopter secara sewa beli kepada kerajaan Malaysia.

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Westar #TimorLeste

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?