KUALA LUMPUR, 3 FEB – Pihak Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur diberi kebenaran untuk bertemu warganya yang sedang dirawat di Hospital Serdang dan Hospital Klang.
“Kita benarkan pertemuan mereka di hospital. Mereka masih dalam status tahanan reman. Kita reman mereka, kita tahan mereka untuk tujuan siasatan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebenaran diberikan selepas pihak kedutaan republik berkenaan menghubungi pihaknya.
“Oleh kerana ia membabitkan sejumlah warga Indonesia, pihak kedutaan (Indonesia) menghubungi kita untuk mendapatkan akses dengan mereka ini.
Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata siasatan terhadap kes tembakan dilepaskan anggota Maritim Malaysia terhadap warga Indonesia dalam kejadian di perairan Pulau Carey, baru-baru ini dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Ia termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
Dalam pada itu, beliau turut tidak menolak kemungkinan siasatan yang dibuka kemudian, berasaskan seksyen-seksyen lain.
“Tapi saya nak sebutkan adalah siasatan masih awal dan kita tidak menolak kemungkinan apabila kita semakin menyoal siasat mereka yang ditangkap atau cedera berdasarkan bentuk siasatan kes, ia boleh membawa kepada dibuka kertas siasatan dengan (terkait) penyeludupan dadah dan senjata,” jelasnya. -airtimes.my
#AirTimes #PATI #Indonesia #Malaysia