Home SemasaKemaman dilanda banjir gelombang kedua

Kemaman dilanda banjir gelombang kedua

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Daerah Kemaman sekali lagi dilanda banjir susualan hujan lebat sejak lewat malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JBPN) Terengganu memaklumkan, setakat jam 8.00 pagi tadi, 739 mangsa membabitkan 189 keluarga dipindahkan ke 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kebanyakkan kawasan yang dinaiki air di kawasan rendah dan menyebabkan air bertakung serta sistem perparitan yang tidak sistematik.

Antara kampung terjejas, Kampung Baru Kerteh, Beris Nenas, Kampung Gelugor, Pengkalan Ranggon, Kemasik, Pengkalan Cicar, Banggol, dan Meraga Beris.

Menurut JBPN, antara PPS terawal dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh, sekitar 10 malam tadi.

Selain itu, PPS lain ialah Balai JPKK Beris Nenas, Balairaya Kampung Gelugor, SK Pengkalan Rangon, SK Kemasik, Dewan Sivik Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Balairaya Kampung Meraga Beris dan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol.

Ketika ini hujan lebat berterusan di Kemaman dan juga Dungun. Namun, menurut JNPN Terengganu, bencana banjir dilaporkan terkawal.

Pada 3 Dis lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan Pantai Timur dijangka mengalami gelombang kedua banjir kesan luruan monsun bermula 8 hingga 14 Dis berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan.

Dalam pada itu, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, keseluruhannya 1,397 mangsa di enam negeri sedang berlindung di 28 PPS, setakat 8.37 pagi ini.

Selain Terengganu, negeri lain terkesan melibatkan Negeri Sembilan 238 mangsa; Johor (166); Perak (112); Pahang (49); dan Melaka (11).-airtimes.my

#PPS #banjir #Terengganu #gelombangkedua #airtimes #semasa

 

Related Articles

Leave a Reply