Home SemasaGlobal Pyongyang lancar serangan siber, sasar kontraktor pertahanan Korea Selatan

Pyongyang lancar serangan siber, sasar kontraktor pertahanan Korea Selatan

by M.Daim

SEOUL, 24 APR –  Korea Utara telah melancarkan serangan siber besar-besaran terhadap negara jirannya.

Serangan siber tersebut menyasarkan syarikat dan kontraktor pertahanan Korea Selatan.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh pasukan polis Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kumpulan penggodam Korea Utara telah dikenal pasti melalui penjejakan alamat IP dan tetanda perisian hasad.

Kenyataan itu turut menyatakan 3 kumpulan penggodam yang dikesan mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Korea Utara iaitu Lazarul, Kimsuky dan Andriel.

“Kumpulan ini menyasarkan syarikat pertahanan Korea Selatan dan rakan industri mereka yang dikenal pasti mempunyai kelemahan dari segi keselamatan siber,

“Mereka telah menceroboh masuk ke dalam sistem syarikat sasaran dengan tujuan untuk mencuri maklumat,

“Malah, mereka telah meletakkan perisian hasad dalam sistem tersebut bagi tujuan penyebaran,” kata kenyataan itu.

Polis Korea Selatan menyatakan pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa organisasi termasuk Agensi Perisikan Korea Selatan.

Jelasnya, pemeriksaan dan siasatan telah dijalankan berhubung beberapa insiden yang berlaku.

“Dari beberapa kes yang telah disiasat, secara jelas kumpulan penggodam dari Korea Utara mempunyai matlamat untuk mencuri maklumat teknologi ketenteraan,

“Serangan sebegini lazimnya dilakukan secara besar-besaran dengan melibatkan beberapa organisasi,

“Dengan cara ini, taktik dan cara serangan siber yang dilancarkan adalah pelbagai serta meluas,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #KeselamatanSiber #Global #KoreaSelatan

Related Articles

Leave a Reply