Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM batalkan Hari Terbuka Armada, hormati 10 mangsa nahas di Lumut

TLDM batalkan Hari Terbuka Armada, hormati 10 mangsa nahas di Lumut

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 APR – Hari Armada yang dirancang untuk diadakan bersempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 telah dibatalkan.

Perkara tersebut telah dikongsikan TLDM melalui hantaran di akaun media sosial rasmi Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA BARAT) dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2).

Ia melibatkan Hari Terbuka Armada di Sandakan dan di Lumut.

“Sebagai menghormati perwira TLDM yang telah pergi buat selamanya, kami dengan rasa rendah diri dan dukacita ingin memohon maaf memaklumkan bahawa Hari Terbuka Armada 2024 yang dirancang pada 3-5 Mei 2024 dibatalkan,” kat MPA Barat.

MAWILA 2 pula menyatakan mereka turut berdukacita dengan nahas yang berlaku pada pagi 23 April 2024.

“Kami mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Melankolik, kami dengan rendah diri ingin memohon maaf memaklumkan bahawa Hari Terbuka Armada Markas Wilayah Laut 2 yang dirancangkan pada 27 dan 28 April 2024 adalah dibatalkan,” katanya.

Semalam, negara dikejutkan dengan insiden nahas melibatkan 2 buah helikopter TLDM di Lumut.

Insiden itu telah meragut 10 nyawa anggota TLDM termasuk 2 Pegawai Memerintah dari Skuadron 502 dan Skuadron 503.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin semasa melakukan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut menyatakan Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatalkan.

“Sambutan (Hari TLDM) kita batalkan, kita gantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat pada hari Jumaat ini,

“Pembatalan ini adalah perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM,

“Semua acara yang melibatkan Sambutan hari Ulang Tahun TLDM ke-90 dibatalkan, seperti yang dititah Baginda Sultan Selangor,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply