Home Semasa Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia yang terjejas – Wisma Putra

Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia yang terjejas – Wisma Putra

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi besar dengan megnitud 7.2 yang melanda Taiwan pagi tadi.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) berkata, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi di Hualien, Taiwan pada 7.58 pagi waktu tempatan.

“Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” jelas Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 18 kilometer di selatan bandar Hualien.

Keadaan itu menyebabkan amaran Tsunami di selatan Jepun dan Filipina dikeluarkan.

Agensi Meteorologi Jepun pula telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi 3 meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, di tingkat 8, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, no telefon: +886 2 2713 2626 atau e-mel [email protected],

“Malaysia turut mengucapkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu,” jelas Wisma Putra lagi. -airtimes.my

#semasa #Taiwan #Malaysia #airtimes #gempabumi

Related Articles

Leave a Reply