Home Teknologi PertahananKorea Selatan tubuh pusat pembangunan kecerdasan buatan pertahanan

Korea Selatan tubuh pusat pembangunan kecerdasan buatan pertahanan

by M.Daim
A+A-
Reset

SEOUL, 1 APR – Kerajaan Korea Selatan hari ini dilaporkan telah menubuhkan secara rasmi pusat pembangunan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) untuk pasukan tentera.

Penubuhan pusat tersebut dilihat sebagai langkah kehadapan negara itu bagi memperkenalkan teknologi baharu kepada pasukan tentera.

Pelancaran pusat tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Defense Innovation 4.0 yang bermatlamat untuk membentuk ketumbukan ketenteraan yang kecil tetapi berupaya. Ia dapat dicapai melalui penggunaan AI dan juga teknologi.

Menurut laporan media Korea Selatan, pusat pembangunan tersebut akan menumpukan beberapa fokus utama.

Antaranya gandingan sistem pesawat dengan UAV, pemantauan medan tempur, penggunaan teknologi dalam sektor awam dan pertahanan.

Pusat ini juga melibatkan kerjasama antara sektor swasta dan tentera dalam melaksanakan pembangunan teknologi tersebut. Selain itu, pusat pembangunan ini juga akan menggunakan infrastruktur tentera dan awam untuk melihat keberkesanan kajian yang dilakukan oleh institut pendidikan tinggi Korea Selatan. – airtimes.my

#AirTimes #KoreaSelatan

Related Articles

Leave a Reply