Home Pertahanan dan Keselamatan Kita akan sokong segala permintaan Tentera Darat – Khaled Nordin

Kita akan sokong segala permintaan Tentera Darat – Khaled Nordin

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1  APR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan menyokong segala permintaan Tentera Darat Malaysia.

“Domain darat ini memerlukan bukan sahaja dedikasi dan kecekapan anggota,

“Malah, kecanggihan dan kecukupan aset yang kini dan berteknologi tinggi,

“Jadi kita akan menyokong segala permintaan Tentera Darat untuk memastikan ini dapat dijayakan,” katanya semasa menyampaikan ucapan  Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Darat Johor Bahru.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 400 juta untuk penyelenggaraan.

“Daripada jumlah itu, RM199 juta adalah untuk Tentera Darat. Untuk rumah kakitangan dan blok penginapan negeri Johor sebanyak RM17 juta,

“Manakala PULADA dapat RM1.055 juta,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, majlis berbuka puasa yang diadakan pada 30 Mac lalu itu turut melibatkan kehadiran masyarakat luar.

Menurut Menteri Pertahanan, ia bagi merapatkan hubungan antara rakyat dan tentera.

“Kita juga jemput pihak masyarakat luar (untuk hadir). (Ini) supaya masyarakat di luar memahami keadaan, harapan, keperluan tentera kita dan anggota-anggota kita,

“Tanggungjawab untuk jaga kedaulatan negara dan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama,” ujar beliau.

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #MenteriPertahanan

KATA KUNCI : Datuk Seri Mohamed Khaled NordinMenteri PertahananTentera Darat Malaysia (TDM)

Leave a Reply