Home Semasa Hantaran bersifat provokatif, ancam perpaduan di media sosial meningkat secara mendadak – SKMM

Hantaran bersifat provokatif, ancam perpaduan di media sosial meningkat secara mendadak – SKMM

by Ashraf Manaf

CYBERJAYA, 29 MAC – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan berlakunya peningkatan hantaran yang mengandungi unsur provokatif di media sosial.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, terdapat 27,115 kandungan bersifat provokatif sudah diturunkan dalam tempoh 2 bulan pertama tahun ini.

Jelasnya, sebanyak  35,490 kandungan yang sama telah diturunkan dalam tempoh 2023.

“Kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram,perjudian dan berita palsu,

“Kandungan sedemikian mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.” kata SKMM.

SKMM juga turut menyatakan pihaknya telah menurunkan sebanyak 2,004 kandungan yang berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (Race, Royalty, Religion ) semenjak 2023 hingga kini.

Selain itu, SKMM menyatakan pihak tidak akan bertolak ansur dan berkompromi dengan sebarang hantaran provokatif yang melampau di media sosial.

Dalam pada itu, MCMC Menyatakan mereka akan bekerjasama dengan PDRM bagi mengesan pemilik akaun yang terlibat dengan hantaran provokatif susulan insiden stokin berkalimah Allah.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa sedang menjejaki  pemilik akaun yang terlibat dengan hantaran provokatif dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Jelas MCMC, sebarang perkongsian bersifat jelik  dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 jika pelaku disabitkan dengan kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa

Related Articles

Leave a Reply