Home Teknologi Pertahanan Indonesia beli 2 kapal perang dari Itali

Indonesia beli 2 kapal perang dari Itali

by Wazien Zamri

JAKARTA, 29 MAC – Indonesia telah meterai kontrak perolehan bernilai 1.18 billion euro untuk membeli 2 buah kapal perang baharu dari Itali.

Menurut Fincantieri, perolehan tersebut melibatkan 2 buah kapal PPA yang sedang dibina oleh syarikat Itali itu.

PPA adalah ‘Pattugliatore Polivalente d’Altura, yang merupakan kapal peronda luar pesisir (OPV) pelbagai peranan.

“Kapal bakal diterima oleh Indonesia itu merupakan dua buah kapal yang sedang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Laut Itali”, kata Ficantieri dalam kenyataannya.

Sehingga kini, Itali mengoperasikan 3 buah kapal model ini dalam perkhidmatan mereka. Negara Eropah itu sebelum ini merancang untuk mengoperasikan 10 buah PPA.

Kapal berukuran 143 meter ini mampu untuk berlayar pada kelajuan melebihi 32 knot. Ia mampu menampung seramai 170 orang anak kapal pada satu-satu masa.

Dari segi persenjataan, selain dilengkapi dengan beberapa laras meriam, kapal PPA turut disertakan dengan misil pertahanan udara dan misil anti permukaan.

Kapal ini turut dilengkapi sistem pelancar torpedo bagi menggempur sasaran kapal selam. Kapal PPA juga mempunyai 2 hangar bagi menampung operasi helikopter.

Namun begitu, melihat kepada kenyataan Fincantieri, konfigurasi sistem tempur ataupun perkara yang berkaitan akan dilakukan melalui beberapa siri rundingan dan perbincangan antara kedua pihak.

Kenyataan itu juga tidak menyatakan sebarang tempoh masa yang muktamad bagi pemerolehan kapal tersebut untuk kegunaan Tentara Nasional Indonesia- Angkatan Laut (TNI-AL). – airtimes.my

#AirTimes #Global #Indonesia #Fincantieri

Related Articles

Leave a Reply