TEHRAN, 28 JAN – Sekumpulan pekerja warga negara Pakistan maut apabila mereka telah diserang oleh kumpulan bersenjata.
Kejadian berlaku di kawasan sempadan Iran-Pakistan, Saravan.
Media Iran melaporkan, serangan yang berlaku pada Sabtu turut mencederakan 3 yang lain. Menurutnya, pihak polis Iran sedang memburu 3 suspek yang terlibat.
Sementara itu, pihak Menteri Luar Pakistan mendakwa serangan ini didalangi oleh pihak cuba mengeruhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
“Kami bersedih dengan serangan pengganas yang meragut 9 warga Pakistan di Saravan.
“Serangan ini adalah cubaan untuk merosakkan hubungan Pakistan dan Iran oleh pihak musuh kedua-dua pihak,
“Kami merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyeru Iran untuk bertindak,” kata Jalil Abbas Jilani di akaun media sosial rasminya.
Hubungan Tehran-Islamabad sebelum ini tercalar berikutan serangan rentas sempadan yang dilancarkan oleh kedua-dua pihak pada minggu lalu.
Sehingga kini, masih belum ada individu atau kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global #Iran #Pakistan
