Home Teknologi Pertahanan Austria belanja RM3.5 bilion tingkat upaya meriam pertahanan udara 35mm Oerlikon

Austria belanja RM3.5 bilion tingkat upaya meriam pertahanan udara 35mm Oerlikon

by M.Daim

VIENNA, 14 DIS – Meriam 35mm Oerlikon yang dioperasikan oleh Austria akan dipertingkatkan keupayaannya.

Perkara tersebut disuarakan oleh pihak Kementerian Pertahanan Austria yang menyifatkan sistem pertahanan udara tersebut masih lagi “berkeupayaan walaupun sudah berusia”.

“Dalam tempoh 5 tahun akan datang, meriam ini akan menjalani pengubahsuaian dan dipertingkatkan keupayaannya untuk masa hadapan,” kata Menteri Pertahanan Austria, Klaudia Tanner.

Menurut Kementerian Pertahanan Austria, kontrak modenisasi meriam 35mm Oerlikon telah dimeterai dengan syarikat Rheinmetall.

Jelasnya dalam satu kenyataan, tingkat upaya tersebut melibatkan penambahbaikan keupayaan laras meriam untuk mengatasi sasaran udara yang kecil seperti dron.

“Meriam 35mm yang dikawal secara jauh akan mempertingkatkan perlindungan kepada anggota tentera,

“Selain itu, elemen udara akan diadaptasi secara teknikal manakala alat ganti akan diterima dari pihak Eropah,” katanya dalam satu kenyataan.

Modenisasi 35mm Oerlikon akan memastikan aset ini setara dengan keperluan semasa Austria.

Selain itu, pihak Kementerian Pertahanan Austria turut menyatakan kemungkinan sistem pertahanan udara ini akan diintegrasikan dengan sistem antarabangsa.

Austria mengoperasik 12 unit meriam 35mm Oerlikon GDF 005. Setiap 2 unit meriam ini dipadankan dengan sistem kawalan tembakan Skyguard 98 I/II.

Negara Eropah itu telah mengoperasikan sistem pertahanan udara ini semenjak 1970-an dan tingkat upaya yang dilakukan pada ketika ini merupakan adalah kali yang kedua.

Jelas Kementerian Pertahanan Austria, modenisasi meriam ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak 690 juta Euro (RM3.5bilion). – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Oerlikon #Rheinmetall #Austria

Related Articles

Leave a Reply