Home Teknologi Pertahanan Iran tingkat upaya UAV Karrar, guna untuk misi gempur sasaran udara

Iran tingkat upaya UAV Karrar, guna untuk misi gempur sasaran udara

by M.Daim

TEHRAN, 11 DIS – Iran mula menggunakan UAV Karrar yang telah ditingkat upaya bagi melaksanakan misi pertahanan udara.

UAV tersebut telah dipasang dengan misil bagi tujuan pertempuran di udara.

Media Iran melaporkan Karrar telah dilengkapi dengan misil udara-ke-udara Majid. Misil thermal tersebut mampu untuk menggempur sasaran udara sejauh 8 kilometer.

“Misil Majid telah dipilih untuk dilengkapi pada Karrar selepas kajian dibuat untuk tempoh satu tahun setengah,

“Karrar yang dilengkapi dengan Majid telah berjaya menggempur sasaran udara dalam latihan ketenteraan,” lapor IRNA.

Menurutnya, Majid merupakan misil pertahanan udara yang dihasilkan oleh Tehran.

Karrar kali pertama diperkenalkan pada tahun 2010. UAV yang telah ditingkat upaya kemudiannya telah diserahkan kepada Tentera Iran pada Ahad lalu.

Karrar dan misil Majid merupakan hasil daripada industri pertahanan Iran. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Iran

Related Articles

Leave a Reply