Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara PATKOR MALINDO: Pesawat TUDM, TNI-AU laksana rondaan maritim demi keamanan serantau

PATKOR MALINDO: Pesawat TUDM, TNI-AU laksana rondaan maritim demi keamanan serantau

by Nurulhuda

SELAT MELAKA, 9 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan maritim udara dalam Operasi Patroli Udara Bersama Terkoordinasi Malaysia – Indonesia (PATKOR MALINDO) di ruang udara Selat Melaka bermula pada 7 November lalu.

TUDM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, operasi ini diadakan adalah sebagai langkah pemantauan bersama di ruang udara Selat Melaka.

Menurut TUDM, di samping menjaga ruang udara di Selat Melaka, kerjasama pengoperasian dua hala yang dilaksanakan ini diharap dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi bagi kedua-dua angkatan udara.

“Selain itu, ia juga dapat memupuk kerjasama bersepadu dan strategik kedua-dua buah negara serta secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diplomasi pertahanan angkatan udara yang sedia terjalin,

“Di samping itu, rondaan bersama ini juga adalah sebagai ‘show of presence’ demi keamanan ruang udara serantau khususnya di ruang udara kawasan perairan Selat Melaka,” jelas hantaran itu.

Dalam operasi tersebut, TUDM telah mengaturgerak 3 buah pesawat Hawk 108/208 dari No 15 Skuadron manakala, TNI-AU pula melibatkan 2 buah pesawat F16 C dari Skuadron Udara 16 yang berlepas dari LANUD Roesmin Nurjadin, Pekan Baru.

“Operasi PATKOR MALINDO kali ini turut melibatkan CRC Kuantan sebagai Pusat Kawalan Operasi, JAMCC Sepang dan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM) sebagai koordinator untuk ruang udara yang difokuskan,

“Rondaan Udara Bersama ini adalah bukti jalinan kerjasama pertahanan serantau bagi menjaga keselamatan dan kestabilan ruang udara dua negara berjiran Malaysia dan Indonesia yang memanfaatkan banyak pihak,

“Operasi ini adalah kesinambungan hasil daripada Mesyuarat PATKOR MALINDO SIRI 2/23 yang telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2023 baru-baru ini,” ujar TUDM lagi. -airtimes.my

#pertahanan #TUDM #TNIAU #Malaysia #Indonesia

Related Articles

Leave a Reply