Home Semasa Terima ugutan isu Palestin, polis tingkat kawalan keselamatan PM

Terima ugutan isu Palestin, polis tingkat kawalan keselamatan PM

by Bernama

KUALA LUMPUR, 25 OKT – Polis memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap perdana menteri menjadi keutamaan kita,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau bagaimanapun berkata ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Razarudin berkata demikian mengulas pendedahan Anwar menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan amanat dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, turut berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Himpunan dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama itu bertindak umpama ‘pembesar suara’ bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.

Razarudin berkata, himpunan itu berlangsung dalam keadaan terkawal melibatkan lebih 300 anggota polis. -Bernama

#semasa #DSAI #airtimes #Palestin

Related Articles

Leave a Reply